empty
 
 
07.02.2013 07:32 AM

InstaForex at London ConferenceInstaForex adalah merupakan salah satu peserta di dalam Persidangan Dagangan Forex UK 2013 yang berlangsung di London pada 31 Januari lalu. Selain itu, syarikat ini juga merupakan salah satu penaja utama bagi acara tersebut. Persidangan tersebut telah dianjurkan oleh Media MSM di Royal Mint Court, di tengah-tengah ibu kota Inggeris yang telah mempertemukan wakil broker terkemuka dunia dengan pelanggannya. Para pengunjung juga berkesempatan untuk mendekatkan diri dengan pelbagai perkhidmatan Forex dan mendapatkan rundingan secara percuma mengenai apa jua isu yang berkaitan dengan perdagangan. 

Setiap pengunjung InstaForex berpeluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat, serta memperoleh bonus sebanyak $ 100 dengan setiap pembukaan akaun dagangan InstaForex serta lain-lain perkhidmatan.

Acara kemuncak bagi Persidangan Dagangan Forex UK telah berlangsung dengan penyampaian dari penceramah terkenal di peringkat antarabangsa yang telah mengupas pelbagai topik perbincangan. Pembentangan oleh penganalisis InstaForex, Nicola Delic khusus dalam analisis teknikal berdasarkan pada Teori Gelombang Elliott adalah merupakan satu kejayaan besar buat syarikat. Selepas ucapan berakhir, kesemua pengunjung persidangan diberi kesempatan untuk mengajukan sebarang soalan kepada beliau.

Secara keseluruhannya, persidangan ini telah mendapat perhatian ramai pedagang dan telah berjaya mengeratkan lagi hubungan di antara komuniti Forex.

InstaForex ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua pengunjung persidangan di atas keperhatinan mereka dan pihak penganjur kerana telah memberikan peluang untuk bertemu dengan para pedagang yang lain. 

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget