empty
 
 
22.03.2013 09:31 AM

Pada musim bunga 2013, InstaForex telah menjadi pembekal rasmi bagi Pasukan F1 Marussia, peserta dalam perlumbaan berprestij dan mencabar Kejohanan Dunia Formula One FIA.

InstaForex, merupakan salah satu syarikat broker terkemuka dunia dalam pasaran mata wang, menyokong aspirasi untuk pencapaian yang tinggi dan gaya hidup yang aktif. 

Itulah faktor yang membawa kepada kerjasama di antara Marussia dan perjanjian di antara Pasukan F1 Marussia dan InstaForex. Pasukan F1 Marussia telah menunjukkan semangat juang dan kebolehan untuk mencabar pasukan lain yang lebih kuat. Seiring dengan matlamat kita.

Kerjasama dengan Pasukan F1 Marussia, adalah merupakan kesinambungan tradisi yang baik bagi Persatuan sukan bermotor yang telah diperkenalkan oleh InstaForex - kembali pada tahun 2011, syarikat ini telah bekerjasama dengan Pasukan Loparis InstaForex, peserta Perlumbaan Dakar Antarabangsa dan pemenang Perlumbaan Silk Way 2011.

Jenama syarikat Instaforex boleh dilihat buat kali pertama pada kereta Pasukan F1 Marussia  yang akan bersaing dalam Formula One Petronas Malaysia Grand Prix 2013 yang berlangsung pada hari Ahad, 24 Mac. Kami percaya bahawa Pasukan F1 Marussia akan menunjukkan keberanian dan cuba untuk merealisasikan matlamat yang diimpikan. 

Andy Webb, CEO, Pasukan F1 Marussia

"Dengan sukacitanya kami mengalu-alukan kerjasama syarikat InstaForex bersama Pasukan F1 Marussia - kerjasama kedua kami dengan syarikat besar Rusia yang akan diumumkan pada beberapa minggu lagi. Sebagai salah satu daripada pasukan Anglo-Rusia yang akan menyertai Grand Prix Sochi buat julung kalinya pada musim hadapan, kami amat teruja dengan perkembangan kami sepanjang musim sejuk dan permulaan yang positif bagi musim baru seiring dengan sokongan dan semangat pulang ke 'rumah'. Kerjasama ini dan kemampuan akses kepada kumpulan kami adalah merupakan kaedah lain yang boleh membantu kami untuk membawa Formula 1 ke Rusia dan menarik lebih ramai penyertaan Rusia untuk sukan kami." 

Mengenai Pasukan F1 Marussia 

Kecil-kecil cili padi. Itulah yang dapat digambarkan mengenai Pasukan F1 Marussia, pencabar muda dan bercita-cita tinggi Anglo-Rusia yang akan bersaing dalam Kejohanan Dunia Formula 1 FIA. 

Virgin Racing telah menyertai Formula One grid pada tahun 2010. Menjelang pada tahun 2011, penaja Marussia telah membeli pegangan saham dalam pasukan tersebut dan menamakannya sebagai Marussia Virgin Racing. Pada tahun 2012, pasukan ini telah dikenali sebagai Pasukan F1 Marussia - Pasukan Formula 1 pertama Anglo-Rusia. Operasi tersebut kini berpangkalan di HQ baru, UK sebagaimana pelaburan yang besar adalah bertujuan untuk mencabar pasukan yang lebih kuat pada tahun 2013. 

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget