empty
 
 
23.07.2013 02:49 AM

Pasukan InstaForex Loprais telah berjaya menduduki tempat ke-21 dalam Silk Way Rally 2013 yang berakhir pada 13 Julai lalu.


Silk Way Rally 2013, juga dikenali sebagai Dakar Rusia untuk pertandingan laluan yang mencabar, melibatkan penyertaan pasukan terbaik daripada 27 buah negara. Laluan mencabar sepanjang 2,800 km ini meliputi laluan berpasir, padang rumput, dan kawasan berbatu Volga, Kalmykia, Volgograd dan wilayah Astrakhan.

Buat pertama kalinya sebuah pasukan terdiri daripada dua orang krew. Gabungan terbaik dengan trak Queen 69 yang baru siap dipasang - EVO II. Kenderaan ini telah direka dengan imej Tatra, yang telah mengambil bahagian dalam Dakar 2012; oleh yang demikian, pertandingan ini adalah merupakan salah satu platform bagi menguji ketahanan kenderaan ini.


Sepanjang perjalanan, dari Moscow ke Astrakhan, pasukan kami telah diketuai oleh juara Silk Way Rally 2011, iaitu Ales Loprais yang telah menunjukkan kemahiran dan prestasi yang mengagumkan. Trak eksperimen ini telah terbukti mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan kami amat teruja untuk mencatatkan kemenangan baru di Amerika Latin pada tahun hadapan.

Kami berharap agar kejayaan sentiasa mengiringi Pasukan Loprais InstaForex dan sekaligus menempa kejuaraan pada masa hadapan!

 

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget