empty
 
 

InstaForex - Penaja Pasukan F1 Marussia di Moscow City Racing 2013

23.07.2013 06:23 AM

InstaForex telah menjadi penaja rasmi bagi Pasukan F1 Marussia pada pameran automotif terbesar, Moscow City Racing yang telah berlangsung di ibu negara Rusia bermula daripada 20 hingga 21 Julai, 2013. Pada pameran kali ini, F1 Max Chilton telah mencatatkan kemunculan sulung beliau apabila turut serta mengambil bahagian dalam menjalankan demonstrasi di hadapan Kremlin.

Pada 19 Julai yang lalu, InstaForex dan Pasukan F1 Marussia telah mengadakan sidang akhbar di Pusat Media RIA Novosti di mana telah mengumpulkan wakil-wakil utama negara dan media sukan antarabangsa. Juga tidak ketinggalan agensi-agensi berita sukan yang aktif seperti R-Sport, championat.com, sports.ru dan akhbar antarabangsa Financial Times.

Pada sidang akhbar tersebut, CEO Pasukan F1 Marussia, Andy Webb menegaskan bahawa pasukan beliau mempunyai satu persamaan yang ketara dengan broker InstaForex iaitu dalam jumlah bilangan pekerja dan strategi pembangunan. Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa InstaForex, Ekaterina Pobedinskaya menyatakan perghargaan beliau di atas usahasama yang diberikan serta menyuarakan harapan bahawa penyertaan Pasukan F1 Marussia di Moscow City Racing akan ditaja oleh broker InstaForex dan ini adalah merupakan paltform untuk strategi pembangunan pada masa hadapan.


Bagi Moscow City Racing, kejohanan pada kali ini telah melakarkan satu lagi kejayaan besar apabila ia telah dihadiri lebih daripada 300,000 orang penonton. Salah satu pameran auto terbesar di dunia dan juga merupakan platform permulaan terbaik bagi pemandu muda dalam sesuatu pasukan dan Anglo-Rusia secara keseluruhannya untuk bertemu dengan peminat dan menunjukkan prestasi cemerlang mereka. Sebilangan besar daripada penonton telah menyaksikan persembahan yang cemerlang oleh pasukan Max Chilton dan pelumba-pelumba yang lain. Sebahagian daripada mereka bernasib baik kerana mempunyai pas paddock. Para pengunjung Pasukan F1 Marussia berpeluang untuk bertemu dengan pemandu serta mekanik, sekaligus mendapatkan autograf mereka, serta mengambil gambar bersama kereta dan pelumba.

Kerjasama dengan Pasukan F1 Marussia juga telah membolehkan wartawan TV InstaForex untuk memasuki syurga kejohanan auto- paddock pasukan tersebut, di mana Max Chilton telah menyampaikan wawancara secara eksklusif sementara membuat persediaan untuk persembahan. Selain itu, wakil-wakil broker lain juga dibenarkan untuk masuk ke dalam kereta, merasai sendiri pengalaman menjadi pemandu F1.

InstaForex dan Pasukan F1 Marussia amat berbesar hati apabila berpeluang untuk mengambil bahagian di dalam acara tahunan dunia perlumbaan sekaligus menaja kejohanan F1. Kami berharap agar penyertaan Marussia di Moscow City Racing akan menjadi satu acara tahunan.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyertaan Pasukan F1 Marussia pada kejohanan yang lalu dan sekiranya ingin mendapatkan audio dan laporan video yang lebih terperinci, sila lawati laman web rasmi  InstaForex.

 

InstaForex - Bersatu kita beroleh kemenangan!

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget