empty
 
 
11.09.2013 06:28 AM

InstaForex dengan sukacitanya ingin memaklumkan kepada para pelanggan bahawa kami telah melancarkan satu lagi jenis komisen yang terbaru. Bagi memastikan perdagangan anda menjadi lebih cekap, kami telah menghasilkan komisen untuk meningkatkan jumlah penyalinan didalam sistem ForexCopy, tanpa mengambil kira sama ada perdagangan tersebut adalah menguntungkan mahupun tidak. Kini komisen dikenakan hanya untuk jumlah perdagangan yang disalin, tanpa mengira hasil perdagangan tersebut. Mengandaikan apabila seseorang pedagang ForexCopy itu menetapkan komisen sebanyak 0.01 bagi satu lot, maka pada akhir hari dagangan tersebut, jumlah keseluruhan salinan yang terdapat pada akaun pengikut ForexCopy akan dikira. Selepas itu, komisen ini akan dicaj daripada akaun pengikut dan kemudiannya dikreditkan ke akaun pedagang ForexCopy.

Kelebihan utama:
- Kekerapan akruan. Sekiranya terdapat salinan perdagangan atau pilihan, komisen ini akan dikreditkan pada setiap penghujung hari dagangan. Oleh itu, anda tidak perlu menunggu sehingga tamat tempoh langganan.
- Komisen hanya akan dikira berdasarkan pada jumlah keseluruhan salinan. Komisen kini tidak mengambil kira sama ada perdagangan tersebut adalah menguntungkan mahupun sebaliknya. Mari kita pertimbangkan contoh yang berikut.

Bagi mengira saiz komisen untuk kedua-dua; perdagangan dan pilihan dengan komisen 0.5%, anda perlu mengambil kira perkara-perkara yang berikut:
- Nilai pilihan $ 100 adalah bersamaan dengan 0.01 lot penyalinan. Secara keseluruhannya, anda akan mempunyai $ 0.5 bagi setiap pilihan (tanpa mengambil kira hasil perdagangan, kecuali untuk pembatalan) $ 100;
- Untuk perdagangan 0.01. lot komisen adalah berjumlah sebanyak $ 0.5 (tanpa mengambil kira hasil perdagangan);
- Dagangan titik pulang modal adalah tidak dikira.

— break-even trades are not considered.

InstaForex - perdagangan kini lebih menguntungkan dan mudah!
 

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget