empty
 
 
31.10.2013 09:11 AM

 

Tempoh peraduan terbaru telah sampai ke garisan penamat. Kini kita mempunyai keputusan peraduan, senarai nama pemenang anugerah, dan kesimpulan sendiri. Kebanyakan di antara peserta peraduan sering kali melupakan kekalahan pada peraduan yang terdahulu dan lebih fokus terhadap peraduan yang seterusnya. Semangat perjuangan sebegini adalah baik dan kami amat gembira apabila peserta tidak berputus asa dan bersedia untuk menyahut cabaran sekali lagi di dalam peraduan yang selanjutnya. Walau bagaimanapun, kami ingin mengingatkan kepada para peserta bahawa analisis mengenai kekalahan yang terdahulu adalah penting untuk memastikan kemenangan akan berpihak kepada anda. Kenal pasti kelemahan anda - memperbaiki dan melakukannya dengan lebih baik pada peraduan yang seterusnya! Secara umumnya, InstaForex memberikan peluang yang sama kepada semua pelanggan, namun hanya peserta yang benar-benar berusaha memperbaiki kegagalan mereka dan cuba untuk tidak mengulangi kesilapan lalu akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk merangkul gelaran juara.

InstaForex Sniper
Kami ingin merakamkan ucapan sekalung tahniah kepada Yuriy Khaykin atas kemenangan beliau! Kini, penembak terbaik mempunyai akaun perdagangan yang telah diisi semula dengan sejumlah wang! Semangat untuk kejuaraan, kemahiran perdagangan, serta disiplin yang tinggi telah mendorong Yuriy untuk mendahului peserta-peserta lain hingga ke garisan penamat. Sekiranya anda adalah pemegang akaun demo InstaForex, anda layak untuk menyertai peraduan ini! Segera mendaftar untuk menyertai peraduan ini dan mengambil kesempatan terbaik ini untuk menguji tahap kemahiran dagangan anda. Mungkin anda merupakan salah seorang juara yang kami cari! Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pemenang. Kami ingin mengingatkan kepada para pedagang yang lain bahawa peraduan yang seterusnya akan berlangsung bermula dari 4 November, 2013 (GMT +2 ) hingga 8 November, 2013 (GMT +2). Pendaftaran kini boleh didapati di halaman peraduan.

Trade Wise, Win Device
Kini kami ingin mengumumkan nama pemenang bertuah bagi kempen Trade Wise, Win Device. Setiap pelanggan yang bertuah akan ditentukan secara rawak di kalangan pelanggan yang melakukan pendepositan sekurang-kurangnya $ 500 ke dalam akaun dagangan mereka. Pemenang akan diberikan alat peranti mewah. Pada peraduan kali ini, iPhone telah menjadi milik Yuriy Petukhov. Kempen ini telah berakhir namun anda masih mempunyai peluang untuk mencuba nasib dalam peraduan yang seterusnya. Dengan jumlah baki akaun melebihi $ 500, anda berpeluang untuk dinobatkan sebagai pemenang. Daftar untuk menyertai kempen ini yang dijadualkan akan berlangsung pada 11 November - 22 November, 2013 (GMT+2).

FX-1 Rally by InstaForex

Bagi peraduan ini, anda tidak akan mendengar sebarang bunyi ngauman enjin dan bau getah terbakar, walau bagaimanapun peraduan ini mempunyai satu persamaan perlumbaan FX-1 sebenar iaitu emosi. Tidak ada ruang untuk peserta melakukan kesilapan dan menyesal, oleh itu, anda perlu menumpukan sepenuh tumpuan dan perhatian untuk mencapai kemenangan. Para peserta akan berdagang di dalam akaun demo. Kemudian, perdagangan akan ditutup secara automatik pada harga semasa dan keputusan akan ditentukan. Pada kali ini, Kuzminsa Sergejsa telah menunjukkan hasil prestasi dagangan yang terbaik. Tahniah atas kejayaan beliau! Kami ingin mencabar para pedagang yang lain untuk mengambil bahagian sekaligus merangkul hadiah berupa wang tunai. Peraduan yang seterusnya akan berlangsung dari jam 00:00 (GMT +2) 1 November, 2013 hingga jam 23:59 (GMT +2) 1 November, 2013.


One Million Option

Aleksandr Maslov telah berjaya menyandang tempat pertama! Beliau berjaya mendapatkan jumlah skor tertinggi. Bukanlah cara yang paling mudah untuk mendapatkan wang dengan menyertai peraduan One Million Option, namun ia adalah sesuatu yang mengujakan. Setiap pelanggan InstaForex berpeluang mendaftar untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini. Keputusan peraduan secara langsung bergantung kepada tahap kepakaran anda dalam perdagangan pilihan. Pendaftaran boleh didapati di hamalan peraduan  yang dijadualkan akan berlangsung pada 4 November, 2013 - 8 November, 2013.

Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan
Foto dan ulasan finalis

 

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget