empty
 
 

InstaForex merumuskan laporan Majlis Makan Malam Perdana 2013 di Kuala Lumpur

20.12.2013 11:27 AM

Grad dinner 2013Pada tanggal 27 Disember 2013 yang lalu, sebuah Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2013, salah satu daripada acara tahunan terbesar syarikat telah berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia.

Majlis Makan Malam Perdana pada kali ini telah berjaya menghimpunkan ratusan jemputan, terdiri daripada pelbagai tahap pedagang bermula daripada pedagang baru sehinggalah ke pedagang profesional yang mahir dalam perdagangan forex. Bilangan keseluruhan peserta adalah seramai 750 orang yang terdiri daripada 11 buah negeri diseluruh Malaysia. Seperti kebiasaan, InstaForex juga telah menyediakan kemudahan bas mewah untuk perjalanan pergi dan balik secara percuma untuk para pedagang diseluruh Malaysia.

Acara Majlis Makan Malam Perdana pada kali ini adalah bertemakan "Colours Of Malaysia" dan para jemputan disarankan untuk mengenakan pakaian kebangsaan. Sambutan yang baik telah diterima: menjadikan Majlis Makan Malam Perdana kali ini lebih menarik dan istimewa.

Kesemua peserta Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2013 berpeluang untuk berkongsi pengalaman dagangan profesional mereka dalam suasana yang tidak rasmi di Hotel Istana.

Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2013 merupakan platform yang terbaik kepada para pedagang untuk bertemu, berkomunikasi dengan para pelabur, rakan dagangan dan juga wakil-wakil broker. Disamping itu, para pelanggan juga berpeluang untuk merebut peluang keemasan ini untuk menambah kenalan serta memperluaskan rangkaian perniagaan.

Selain daripada acara rasmi yang dikhaskan untuk pasaran kewangan, para tetamu Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2013 juga telah disajikan dengan persembahan hebat oleh penyanyi jemputan dan ahli silap mata. Para tetamu juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam peragaan busana kebangsaan dan karaoke. Sementara itu, acara cabutan bertuah juga telah diadakan oleh pihak InstaForex khusus untuk meraikan kehadiran para tetamu jemputan. Pihak syarikat menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan terdiri daripada alat peranti moden iPhone 5, Samsung Galaxy S4, iPad mini, Samsung Galaxy tab 2, dua buah TV plasma, juga akaun dagangan yang masing-masing bernilai $500, $1,000, $2,000, serta tidak ketinggalan hadiah utama berupa $8,000. Nilai keseluruhan bagi hadiah cabutan bertuah ini adalah berjumlah sebanyak $25,00. Selain itu, kesemua tetamu juga telah diberikan set promo produk rasmi InstaForex.

Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2013 di Kuala Lumpur ini telah berlangsung dengan jayanya. Para tetamu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah sudi memberikan peluang yang berharga untuk mereka bertemu dengan pedagang-pedagang lain dan dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik. Apabila acara rasmi ini tiba ke penghujungnya, para pelanggan kelihatan seolah-olah berat hati untuk berpisah. Para pelanggan mengambil kesempatan ini untuk bertukar-tukar nombor telefon, merakamkan detik-detik manis bersama rakan baru dan wakil syarikat.

Kami berharap agar dapat bertemu dengan anda semua lagi pada acara InstaForex yang akan datang di Kuala Lumpur.

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget