empty
 
 
28.01.2014 03:07 AM
dakar_finish1.png

InstaForex telah membuat liputan mengenai Perlumbaan Dakar pada tahun ini bagi membolehkan para pelanggan mengikuti rentetan perlumbaan sepanjang ia berlangsung.  Ikuti ulasan kami mengenai Pasukan Loprais InstaForex yang telah menjadi peserta tetap dalam perlumbaan yang mendebarkan ini. Sama seperti yang telah dijanjikan oleh pihak penganjur, ia adalah merupakan satu pertandingan sukar yang perlu ditempuhi oleh setiap pasukan. Selain daripada perlu mengharungi trek yang sukar dan keadaan cuaca yang panas, yang mana ia akan menguji had kemampuan trak peserta, para pelumba juga terpaksa menggunakan kekuatan fizikal dan cuba mengatasi ketakutan. Pesaing perlu menunjukkan prestasi yang terbaik sehingga ke minit terakhir perlumbaan. Pasukan kami telah terbukti sebagai sebuah pasukan yang profesional melalui semangat juang yang dipamerkan. Walau bagaimanapun, sesuatu yang tidak dijangkakan telah berlaku. Queen 69 telah mengalami kerosakan pada peringkat kedua terakhir, sekaligus menjadikan pasukan kami berada di senarai kedudukan terakhir, namun dugaan ini sama sekali tidak mematahkan semangat juang pasukan. Pada perlawanan akhir, pasukan itu secara keseluruhan berada pada tangga ke-6. Ia adalah merupakan satu pertandingan yang sengit namun Pasukan Loprais InstaForex telah berjaya mengharunginya cabaran tersebut. Namun begitu, pasukan kami yang diketuai oleh Ales Loprais masih lagi menyimpan harapan untuk merangkul gelaran juara dan berharap akan lebih berjaya pada Perlumbaan Dakar tahun hadapan. Kami mewakili pihak Pasukan Loprais InstaForex kini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyokong, rakan-rakan, dan para peminat kami yang setia ketika jatuh dan bagun pasukan kami serta percaya bahawa kemenangan akan berpihak kepada kami sehingga akhir perlumbaan. Kami percaya bahawa kami tidak akan berada hingga ke tahap ini tanpa sokongan anda semua. InstaForex dan rakan niaga amat menghargai di atas sokongan yang telah diberikan, oleh itu hadiah istimewa telah disediakan bagi pemenang kuiz selepas perlumbaan. Ketua pasukan Ales Loprais akan menyerahkan hadiah pada satu perjumpaan peminat yang bakal diadakan pada 1 Februari, 2014.

Kami berharap agar dapat berjumpa dengan anda lagi di majlis Perasmian Dakar 2015!

dakar_finish2.png

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget