empty
 
 

Pemenang Anugerah Penganalisis Tahunan Musim Ke-2 Telah Diketahui

29.01.2014 09:25 AM

instaforex_140114_3_en.png

 

Peraduan Anugerah Penganalisis Tahunan Musim Kedua anjuran InstaForex dan MT5.com telah melabuhkan tirai pada tanggal 25 Disember 2013 yang lalu. Berdasarkan pada keputusan undian terbuka, seramai tiga orang pesaing telah disenaraikan dikedudukan teratas oleh pelanggan InstaForex dan MT5 sekaligus merangkul gelaran pemenang Anugerah Penganalisis Tahunan.

Pakar Analisis yang berasal dari Belarus, Maksim Magdalinin telah menerima penarafan tertinggi (34,267.66 undian). Ulasan analisis dan ramalan beliau telah diiktiraf oleh para pedagang sebagai analisis yang paling berguna dan berkesan.

Sementara itu, Nadezhda Zhizhko, pakar analisis dari Rusia telah berjaya merangkul tempat kedua (27,702.62 undian).

Sebastian Seliga dari Poland pula menduduki tempat ketiga (22,271.20 undian). Jumlah hadiah keseluruhan yang bernilai $ 45,000 telah dibahagikan diantara pemenang.

Untuk tempoh sepanjang dua tahun ini, Anugerah Penganalisis Tahunan anjuran InstaForex bersama MT5 telah berjaya menarik minat ramai pedagang dan ini dibuktikan apabila terdapat pertambahan di dalam jumlah penganalisis yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini serta peningkatan kualiti analisis.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pengguna yang telah mengundi, serta ahli pakar analisis, kepentingan ulasan analisis dan ramalan kini semakin meningkat. Hari ini, ramai pedagang yang tidak lagi melihat sendiri tanpa mengikuti ramalan baru yang berkualiti tinggi.

Portal dagangan InstaForex dan MT5 telah bertungkus lumus untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan dan pengguna dengan menyajikan pelbagai jenis maklumat yang mengandungi analisis teknikal dan lain-lain.

Sekiranya penganalisis kegemaran anda gagal untuk dinobatkan sebagai pemenang, anda kini boleh mengundi untuk beliau sebagaimana Anugerah Penganalisis Tahunan Musim Ketiga kini telah bermula!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai para pemenang dan hasil kerja mereka serta untuk bersaing di dalam Anugerah Penganalisis Tahunan Musim Ketiga, sila layari laman web MT5

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget