empty
 
 
21.02.2014 02:49 AM

Kini sudah tiba masanya untuk kami mengumumkan senarai keputusan peraduan dan kempen yang dianjurkan khas oleh syarikat InstaForex! Ganjaran hebat kini sedang menanti pemenang baru. Kami percaya pada kemampuan setiap peserta. Kami yakin bahawa lambat laun setiap pelanggan InstaForex pasti akan menerima hadiah yang diinginkan!

Kini tibalah masa yang paling sesuai untuk kami mengumumkan senarai nama pemenang.

Pihak InstaForex ingin merakamkan ucapan sekalung tahniah kepada para pemenang dan berharap agar para peserta yang gagal pada hari ini tidak berputus asa dan terus mencuba nasib pada peraduan yang seterusnya. Kejayaan mungkin akan menjadi milik anda.

One Million Option

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Option Trading adalah merupakan satu proses yang mengujakan dan pantas yang memaksa para peserta untuk memberikan sepenuh perhatian dan reaksi yang tepat. Selain itu, perdagangan jangka pendek telah menjadi pilihan utama di dalam option trading. Sergei Zuenok telah berjaya membuktikan kebolehan beliau sekaligus melayakkan diri untuk dinobatkan sebagai juara peraduan One Million Option! InstaForex mengucapkan tahniah kepada pemenang dan mengalu-alukan para pedagang yang lain untuk mengikuti jejak langkah beliau dan berebut untuk memenangi hadiah utama. Peraduan yang seterusnya akan berlangsung tidak lama lagi! Pendaftaran kini telah dibuka sehingga 24 Februari 2014 (GMT +2). Diingatkan bahawa pendaftaran untuk peraduan yang seterusnya akan ditutup satu jam sebelum peraduan bermula.

Lucky Trader

Diharapkan, Lucky Trader adalah merupakan peraduan yang paling menarik dari InstaForex. Peraduan ini berjaya menarik minat ramai pedagang untuk menyertainya, meskipun hadiah yang ditawarkan adalah terhad. Pada hari ini, kita memberikan penghormatan kepada Mat Ali! Jangan ketinggalan; rebut peluang pada peraduan yang seterusnya. Mungkina anda adalah salah seorang pemenang yang bertuah! Bersaing dan dapatkan pengalaman berharga! Peraduan yang seterusnya dijadualkan akan berlangusng dari 24 Februari, 2014 (GMT +2) hingga 7 Mac 2014 (GMT +2). Pendaftaran untuk menyertai peraduan ini boleh didapati di halaman peraduan.

Real Scalping

Perdagangan jangka pendek adalah sesuatu yang amat sukar dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Jarang sekali kita dapat berjumpa dengan individu yang sangat tekun dan sabar. Kali ini Lyudmila Nikonova telah menunjukkan kemampuan beliau sekaligus berjaya merangkul tempat pertama dalam satu lagi peraduan. InstaForex merakamkan ucapan jutaan tahniah kepada pemenang dan mengalu-alukan anda semua untuk menyahut cabaran ini. Pendaftaran untuk menyertai peraduan yang seterusnya akan dibuka dari 3 Mac 2014 (GMT +2) hingga 28 Mac 2014 (GMT +2) di halaman peraduan.

Trade Wise, Win Device

Buat pertama kalinya, tuah memihak kepada Nysanbaev Alpamys apabila nama beliau diumumkan sebagai pemenang yang akan membawa pulang alat peranti baru berjenama iPhone! Ini adalah detik bertuah beliau. Para pelanggan InstaForex yang sentiasa ingin tahu bagaimana untuk meningkatkan kebarangkalian mereka untuk menang dan disenaraikan ke dalam senarai nama pemenang. Kini anda boleh mencabar nasib anda! Lakukan pendepositan tidak kurang daripada 500 dolar Amerika dan seterusnya menunggu dengan penuh kesabaran. Hanya masa yang akan menentukan sama ada anda akan dinobatkan sebagai pemenang peraduan Trade Wise, Win Device atau sebaliknya. Sebahagian daripada alat peranti baru akan menemui pemiliknya pada peraduan seterusnya yang dijadualkan akan berlangsung dari 3 Mac 2014 (GMT +2) hingga 14 Mac 2014 (GMT +2). Pendaftaran kini boleh didapati di halaman peraduan

Ketahui lebih lanjut mengenai peraduan
Ulasan finalis dan foto

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget