empty
 
 
23.10.2014 09:52 AM

Pada 11 Oktober yang lalu, Majlis Makan Malam Perdana 2014, salah satu daripada persidangan perniagaan tahunan yang dianjurkan oleh InstaForex telah pun diadakan.Satu lagi daripada acara yang diadakan di Malaysia yang telah pun berjaya menghimpunkan kira-kira 800 tetamu - broker, pedagang yang berjaya serta para pelabur - iaitu mereka yang terlibat dengan pasaran forex global.Di dalam semua tetamu yang hadir, terdapat 100 orang tetamu yang bergelar VIP telah berjaya menghadiri majlis ini.Lokasi majlis makan malam di Kuala Lumpur ini telah berlangsung di salah satu hotel terkemuka - Royal Chulan Damansara.Secara tradisinya, para pelanggan serta rakan niaga daripada Negeri Sembilan,Melaka,Johor,Kelantan,Pahang,Kedah,Perak,Penang,Terengganu telah pun disediakan dengan pengangkutan mewah untuk menuju ke hotel. 

Majlis Makan Malam Perdana 2014 adalah acara unik untuk para pedagang,pakar dan pelabur yang terlibat didalam dagangan forex.Mereka yang hadir berbincang secara aktif mengenai topik-topik yang relevan dan berkongsi maklumat yang berharga ketika majlis tersebut.Majlis Makan Malam Perdana 2014 telah dapat membantu tetamu untuk meluaskan lagi rangkaian mereka serta dapat mencari rakan perniagaan yang baru. 

Selain daripada acara rasmi,tetamu juga telah disajikan dengan program yang kaya dengan bentuk kebudayaan.Selepas pendaftaran tetamu selesai dan sesi jemputan berakhir,cabutan bertuah yang pertama telah pun diadakan.Pelawak Malaysia yang terkenal, En.Helmi adalah seorang yang sangat menghiburkan ketika dipertengahan majlis tersebut berlangsung. 

Tetamu Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2014, telah pun membawa pulang alat peranti yang berharga seperti iPhone 5S,Samsung Galaxy S5,iPad mini, Sony Xperia Z1,LED TV 40' daripada 4 cabutan bertuah yang diadakan serta 10 sijil $500,empat sijil $1,000,dua sijil $2,000 dan satu sijil $8,000 setiap satu.Jumlah keseluruhan hadiah tersebut adalah $25,000. 

Selain itu,kunci kereta mewah Proton Inspira telah pun diserahkan kepada pemenang kempen bermusim pada Majlis Makan Malam Perdana 2014 itu. 

Majlis Makan Malam Perdana 2014 telah pun menyediakan acara yang bertaraf tinggi dan menjadi tonggak di dalam dunia perniagaan.Mereka yang hadir tidak pulang dengan tangan kosong - tetamu telah pun membawa pulang cenderahati yang disediakan oleh pihak InstaForex.

Back to news list


Lagi Berita Syarikat

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget