empty
 
 
06.11.2013 12:39 PM
Kajian Fundamental untuk 6 November, 2013

Pada hari semalam, mata wang euro telah mencatatkan penurunan sebanyak 40 mata, manakala mata wang pound British meningkat sebanyak 75 mata. Penurunan euro adalah disebabkan oleh pandangan pesimis daripada Suruhanjaya Eropah mengenai prospek ekonomi dan kadar pengangguran, ia dijangkakan kekal pada 12.2% pada tahun 2015. PMI Perkhidmatan UK pada bulan Oktober mencatatkan 62.5 berbanding ramalan iaitu 60.4 dan 60.3 pada bulan September; angka memberikan pandagan optimis kepada para pelabur.

Pada hari ini, data ekonomi penting bagi negara UK akan dikeluarkan pada hari ini. Pada jam 13:30 UTC +4 Data Pengeluaran Perindustrian Uk bagi bulan September, ramalan mengunjurkan 0.7% berbanding -1.1% pada bulan Ogos. Pengeluaran pembuatan dijangkakan berkembang 1.2 berbanding -1.2% pada bulan Ogos. Pada jam 19:00 pula, UTC +4 ramalan KDNK NIESR bagi bulan Oktober dijangkakan akan menunjukkan peningkatan sebanyak 0.5% berbanding 0.8% pada bulan September dan arah pergerakan harga akan dipengaruhi oleh baki pada pengumuman laporan. Jika baki adalah positif, maka adalah dijangkakan bahawa pergerakkan pembetulan menaik harga akan dilanjutkan hingga ke tahap 1.6120, namun jika baki adalah negatif, meskipun selaras dengan ramalan, kami menjangkakan akan terdapat kesinambungan pergerakkan penurunan harga ke tahap 1.5955.

Bercakap mengenai zon Euro, pada jam 14:00 UTC +4 data Jualan Runcit pada bulan September akan dikeluarkan, ramalan menjangkakan -0.3% berbanding kenaikan 0.7% pada bulan Ogos. Pada jam 15:00 UTC +4 Pesanan Kilang di Jerman untuk September akan dikeluarkan, jangkaan adalah positif; diramalkan akan terdapat peningkatan sebanyak 0.6% berbanding -0.3% pada bulan Ogos. Oleh itu, sama seperti data UK, arah pergerakan harga akan dipengaruhi oleh baki data. Jika data adalah selaras dengan ramalan, harga akan bergerak ke arah bawah, daripada tahap atas. Di Amerika Syarikat petunjuk pertengahan telah dikeluarkan pada hari ini, namun para pelabur masih menunggu untuk hari esok sebagaimana KDNK AS untuk suku ketiga dijadualkan akan diumumkan, ia dijangkakan akan meningkat sebanyak 1.9% berbanding 2.5% pada suku kedua. Pada hari esok, Bank England dan ECB akan membuat pengumuman mengenai keputusan kadar faedah.

Oleh itu, kami menjangkakan penutupan kedudukan membeli bagi mata wang euro dan pound British. Sebagaimana kami meramalkan mata wang euro akan di dalam lingkungan 1.3440/50 - 1.3525.

 

This image is no longer relevant

AUD/USD.

   Pada hari ini, esok dan lusa, fokus para pedagang minyak akan tertumpu pada perbincangan antarabangsa yang berlangsung di Geneva mengenai program nuklear Iran. White House berusaha untuk menghalang Kongres daripada mengambil tindakan larangan baru terhadap Teheran, sebagaimana ia akan menyulitkan lagi keadaan. Walau bagaimanapun, Iran adalah negara saingan Arab Saudi dan Israel yang mempunyai lobi untuk membuat percubaan untuk mengenakan sekatan baru. Rundingan dijadualkan akan berlangsung pada 7 dan 8 November.

Hari ini pada jam 19:30 UTC +4 data inventori minyak, petroleum dan sulingan di Amerika Syarikat untuk minggu lalu akan dikeluarkan. Ia dianggarkan akan mencatatkan 1.63 juta tong berbanding 4.08 juta pada minggu sebelumnya dan 5.24 juta pada pertengahan bulan Oktober. Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan dalam inventori minyak dan sulingan. Jika data adalah selaras dengan ramalan, minyak berkemungkinan akan memperbetulkan pergerakan menaik sekaligus menyokong mata wang dolar Australia. Dalam kes ini, kami mengharapkan pembetulan harga akan berterusan hingga ke tahap 0.9525/50. Jika inventori minyak meningkat, maka kami menjangkakan bahawa tekanan bagi minyak adalah mendatar atau menurun dan kemerosotan bagi mata wang Australia kepada 0.456 dan kemudiannya pada 0.9400 di tengah-tengah hasil rundingan pertama yang positif di Geneva, iaitu penurunan minyak. 

This image is no longer relevant

 

Ringkasan
Segera
Analitic
Yuriy Zaycev
Mulakan perdagangan
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget